Naikkan jumlah PSU 2.0 kepada RM3,224 - Utusan Malaysia

Naikkan jumlah PSU 2.0 kepada RM3,224

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PROGRAM Subsidi Upah 2.0 (PSU 2.0) yang diperkenalkan oleh kerajaan di bawah Pakej Inisiatif Tambahan Prihatin (Kita Prihatin) melegakan banyak pihak terutama peniaga yang belum pulih sepenuhnya berikutan pandemik Covid-19.

Secara ringkas, PSU 2.0 yang bermula bulan ini masih mempunyai matlamat yang sama dengan versi sebelumnya, iaitu untuk mengelakkan pekerja diberhentikan, seterusnya hilang punca pendapatan.

Program ini sememangnya langkah baik kerana selain melindungi pekerja dan majikan, PSU 2.0 akan turut membantu mengurangkan kadar pengangguran.

Namun, banyak lagi yang boleh dilakukan bagi membantu sektor perniagaan yang terjejas teruk dalam melayari gelombang ini, iaitu dengan meningkatkan jumlah bantuan PSU 2.0 dari nilai semasa RM600 sebulan bagi setiap pekerja yang merangkumi sekitar 18.6 peratus daripada gaji purata di peringkat nasional.

Kenaikan ini harus ditingkatkan sekurang-kurangnya kepada 40 peratus daripada gaji purata nasional (RM3,224 sebulan) dan ditujukan khusus untuk sektor yang paling teruk terjejas seperti aeroangkasa, penerbangan, pelancongan dan pembinaan.

Namun, jumlah baharu ini juga boleh diselaraskan semula, berdasarkan seberapa cepat perniagaan tersebut diunjurkan untuk pulih. Jika dilihat di negara lain, program seperti ini melibatkan lebih 50 peratus daripada gaji purata pekerja.

NURAFIFAH MOHAMMAD SUHAIMI
Bukit Damansara, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya