Kampung Berangan Umbai ‘dilanda’ banjir - Utusan Malaysia

Kampung Berangan Umbai ‘dilanda’ banjir

Keadaan kawasan yang tidak diselenggara dengan baik menjadi punca berlakunya banjir di Kampung Berangan Umbai, Melaka, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MUSIM hujan sudah bermula. Kampung Berangan Umbai, Melaka mulai banjir terutama di kawasan rendah disebabkan terdapat saliran air di kawasan itu yang tidak diselenggara dengan baik.

Mungkin sudah lama jawatankuasa penduduk tidak mengambil perhatian berhubung isu tersebut termasuk tiada aktiviti gotong-royong. Malah pihak berwajib juga tidak bertindak walaupun terdapat aduan daripada penduduk.

Sehingga kini, keadaan masih belum berubah. Banyak tanaman rosak dan musnah akibat tiupan angin ribut.

Sekiranya tiada kerja-kerja selenggaraan dalam masa terdekat, tidak mustahil keseluruhan kawasan perumahan ini akan dilanda banjir yang akhirnya membebankan penduduk kerana terpaksa berpindah dan menanggung kerugian besar.

Saya berharap pihak berwajib mengambil perhatian terhadap masalah ini, sekali gus mengambil langkah-langkah sewajarnya demi keselamatan penduduk.

MAHAD ABU BAKAR
Umbai, Melaka

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya