Pada Jun lalu, Dr. Bahari Belaton dilantik sebagai Dekan Pusat Pengajian Sains Komputer, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Perkara yang membanggakan adalah dia merupakan anak kelahiran suku kaum Semai dari Kampung Orang Asli Tangkai Cermin, Perak. Dari semasa ke semasa, kita berpeluang membaca berita mengenai kejayaan Orang Asal (Orang Asli) dalam pelbagai bidang. Misalnya, Zumika Azmi dan Sasha Azmi dari suku kaum Temiar mengharumkan nama negara sebagai pemain kriket.…










