Pengguna pun boleh saman - Utusan Malaysia

Pengguna pun boleh saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 2005 Parlimen Malaysia meluluskan pindaan Jadual Kesembilan Perlem­bagaan Persekutuan iaitu memindahkan bekalan dan perkhidmatan dari senarai negeri kepada se­na­­rai bersama kecuali Sabah dan Sarawak dan Kera­jaan Persekutuan bertang­gungjawab mengawal selia industri perkhidmatan air.

Dalam pada itu , kerajaan negeri pula mengendalikan hal-hal berkaitan sumber air termasuk kawasan tadahan air serta lembangan sungai. Maka wujudlah Akta suruhanjaya Air Negara dan Akta Industri Air pada 2006.

Pencemaran sungai sekali gus gangguan bekalan air sekali lagi menjadi isu yang hangat di Lembah Klang dan Selangor baru-baru ini yang mengakibatkan orang ramai tidak mendapat kemudahan asas itu dalam jangka masa agak lama.

Akibat pencemaran Sungai Gong di Rawang dari sebuah kilang pada 3 September lalu, empat Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas. Pencemaran ini bukan sahaja melibatkan pengguna akaun rumah, bahkan turut menjejaskan industri- industri yang bergantung pada bekalan air untuk beroperasi.

Persoalannya, adakah hanya kerajaan yang harus di pertanggungjawabkan apabila terja­dinya gangguan bekalan air ini akibat pencemaran yang dilakukan oleh pihak ketiga? Adakah pihak ketiga hanya terlepas apabila dike­na­kan saman atau pun kompaun?

Mana-mana pihak yang menyebabkan apa-apa perbuatan yang mencemarkan air boleh juga diambil tindakan sivil di atas perbuatan mereka yang mengakibatkan pihak-pihak lain mengalami kerugian serta kesusahan.

Di dalam kes John Rylands dan Jehu Horrocks v. Thomas Fletcher  (1868)  LR 3 HL 330, ada menyatakan bahawa pihak yang membawa, mengumpul atau melakukan sesuatu pada tanahnya dan akan menyebabkan bencana jika apa yang di dalam tanahnya itu terlepas keluar maka mereka harus bertanggungjawab terhadap apa-apa kerosakan dan kerugian yang dialami oleh perbuatan itu.

Dalam kes Abdul Rahman Che Ngah & Ors v. Puteh bin Samat (1977)1 LNS 1; (1978) 1 MLJ 225, mahkamah menyatakan bahawa tidak perlu pihak membuktikan ada kecuaian.
Contohnya, api adalah sesuatu yang berbahaya,jika A membakar lalang di tanahnya dan sekiranya merebak ke tanah B maka berdasarkan prinsip Ryland v Fletcher di atas, maka A bertanggung jawab terhadap perbuatannya.

Begitu juga jika contohnya kilang kimia yang bahan kimianya disimpan atau dihasilkan adalah berbahaya dan jika A telah menyebabkan pencemaran pada sungai-sungai berdekatan maka A adalah bertanggungjawab atas tindakannya walaupun tiada unsur unsur kecuaian oleh A.
Bagaimana tindakan ini boleh dilakukan?

  1. Class Action (Tindakan Kelas)

Yang mana pihak yang mengambil tindakan beramai-ramai yang mereka mempunyai persamaan seperti di bawah ini:
a) Mereka ada kepentingan yang sama
b) Membuat aduan yang sama
c) Memohon penyelesaian yang sama

Lord Diplock ada menyatakan bahawa pada pendapat beliau ada jurang di dalam undang-undang yang serius sekiranya tindakan kelas ini dihalang daripada mendapat perhatian mahkamah bagi melaksanakan peraturan perundangan(rule of law) dan menghentikan sesuatu perbuatan yang melanggar undang undang.

IRC v. Federation of Self-Employed [1981] 2 All ER 93

Contohnya dalam kes di Mahkamah Persekutuan baru-baru ini yang mana pembeli -pembeli rumah telah mengambil tindakan terhadap pengawal perumahan.
Dalam kes tersebut, Mah­ka­mah Persekutuan memutuskan bahawa penga­wal perumahan tidak mempunyai kuasa un­tuk memberi lanjutan masa (EOT) kepada pemaju untuk menyiapkan projek pembangunan hartanah mereka.
Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan panel lima hakim memutuskan bahawa Peraturan 11 (3) Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989 yang memberikan kuasa kepada pengawal untuk mengetepikan dan mengubah suai terma dan syarat kontrak penjualan antara pembeli dan pemaju adalah ultra vires terhadap Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966.

2 Relator Action(Tindakan Relator)

Tindakan relator pula Peguam Negara yang mengambil tindakan bagi pihak rakyat. Selalunya apa yang dipohon adalah untuk kesejahteraan orang ramai.
Contohnya, agar member­hentikan sesuatu projek yang akan menyebabkan kerosakan terhadap orang ramai. Tetapi tindakan ini hanya boleh dilakukan dengan persetujuan Peguam Negara.
Contoh Tindakan relator adalah seperti berikut- Di dalam kes Tony Pua Kiam Wee V Kerajaan Malaysia dalam kapasitinya sebagai pembayar cukai, membuat tuntutan luar biasa terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Kerajaan Malaysia, berdasarkan tort misfeasans dalam common law sebagai penjawat awam.
Asas tuntutan tersebut adalah Najib telah melakukan misfeasans semasa menjawat jawatan awam berhubung dana negara yang dibentuk untuk faedah ekonomi Malaysia dan rakyat, dikenali sebagai 1MDB.
Oleh itu, bukan sahaja kera­jaan melalui penguat kuasa boleh melaksanakan penguatkuasaan undang- undang terhadap penjenayah alam sekitar tapi rakyat biasa juga mampu menggunakan undang-undang bagi menda­pat­kan perlindungan hak mereka akibat berlakunya pencemaran pada alam sekitar mereka. Tindakan-seperti ini sedikit sebanyak akan menye­darkan pihak yang mencemarkan alam sekitar agar tidak mengambil mudah dalam tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab.

Penulis ialah Pengamal undang-undang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.