SABAN tahun bermula September, universiti tempatan biasanya dimeriahkan dengan kehadiran ramai pelajar baharu yang mendaftar untuk pengajian prasiswazah. Selaras dengan hasrat transformasi pembangunan pelajar, pelbagai program disusun bagi memastikan mereka dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampus. Bagaimanapun, pandemik Covid-19 telah mengubah banyak tatacara kebiasaan termasuk pengalaman dan kehidupan pelajar di kampus. Tempoh pendaftaran pelajar prasiswazah dilewatkan hingga Oktober untuk disesuaikan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dalam konteks ini,…










