fbpx

15 Mei 2021, 2:07 pm

  TERKINI

Longgarkan syarat berniaga

BERILAH kelonggaran kepada penganggur untuk berniaga di mana sahaja tanpa dikenakan tindakan oleh penguat kuasa PBT. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PENDEDAHAN Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan baru-baru ini mengenai jumlah penganggur di Malaysia yang mencecah kira-kira sejuta orang memang mengejutkan.

Jumlah besar itu berpunca akibat pemberhentian pekerja kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini termasuk 350,000 graduan yang masih menganggur. Selain itu, 200,000 rakyat tempatan yang bekerja di luar negara terpaksa pulang ke tanah air berikutan pandemik Covid-19.

Bilangan itu bukan kecil dan bagi memudahkan rakyat meraih pendapatan, kerajaan khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu melonggarkan syarat-syarat untuk golongan berkenaan berniaga.

Oleh itu, tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjalankan operasi besar-besaran merobohkan gerai yang dibina tanpa kebenaran di Bandar Baru Sungai Buloh pada Ogos lalu tidak harus dicontohi oleh mana-mana pihak.

Walaupun terdapat peruntukan di bawah Seksyen 46(1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 yang memberi kuasa kepada PBT untuk menghapuskan halangan di tempat awam tanpa memberi notis, ia tidak harus dibuat pada masa sekarang.

Berilah kelonggaran kepada golongan penganggur untuk menyara kehidupan disebabkan tempat yang disediakan unruk berniaga seperti pasar tani dan pasar malam agak terhad.

Sikap tidak bertimbang rasa PBT boleh menyebabkan rakyat marah dan parti politik mana yang memerintah sudah pasti akan menjadi mangsa amukan rakyat. Tidak mustahil pada Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti, rakyat bertindak memilih kerajaan baharu di peringkat Persekutuan dan negeri semata-mata mahu melepaskan geram.

MAWAR BERDURI
Shah Alam, Selangor

×
×