Lindungi keselamatan orang ramai - Utusan Malaysia

Lindungi keselamatan orang ramai

Kejadian konkrit penghadang keselamatan projek pembinaan SUKE jatuh menghempap sebuah kenderaan, baru-baru ini. – Gambar MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

kejadian sebuah bongkah konkrit pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang jatuh menimpa sebuah kereta dipandu seorang wanita amat mengerunkan.

Pernah juga terdetik di hati saya tentang bahaya projek itu apabila melalui jalan tersebut berikutan pembinaannya dilihat meragukan.

Justeru, kejadian yang menimpa Wan Aqila Hanes Wan Maliki, 25, patut menjadi pengajaran buat kontraktor agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan kerana projek pembinaan tersebut melibatkan laluan sibuk yang digunakan orang ramai.

Diharap pihak berkuasa seperti Kementerian Kerja Raya, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Lembaga Industri Pembinaan Malaysia dapat mencari penyelesaian berhubung isu itu dan meminda peraturan baharu bagi memastikan orang ramai selamat ketika menggunakan jalan raya.

SHAHIDAH OMAR
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya