Elak terkena renjatan elektrik - Utusan Malaysia

Elak terkena renjatan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA sebagai bekas juruteknik elektrik ingin menasihati orang ramai supaya mengetahui cara-cara bagi mengelakkan diri daripada berlaku kemalangan akibat penggunaan elektrik.

Ibu bapa juga perlu memastikan langkah-langkah keselamatan supaya anak-anak mereka dapat menghindari tempat-tempat yang berisiko berlaku kemalangan elektrik.

Pastikan anak-anak tidak menyentuh atau menghampiri kabel terputus akibat pokok tumbang terutama ketika hujan bagi mengelak kemungkinan terkena renjatan elektrik yang boleh mengakibatkan berlaku pancaran arka (flashover) daripada arus bervoltan tinggi.

Selain kecederaan serius dan kehilangan nyawa, ia juga boleh mengakibatkan kerosakan harta-benda dan gangguan bekalan kepada pengguna.

Aktiviti permainan kawalan jauh kapal terbang dan helikopter tidak dibenarkan bagi mereka yang berada di kawasan berdekatan talian atas bervoltan tinggi Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Peralatan panjang seperti galah dan memancing di kolam atau tasik di bawah talian itu juga boleh mengundang risiko sama.

ARAHMAN
Jalan Besar Kajang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya