Prihatin terhadap kesamarataan - Utusan Malaysia

Prihatin terhadap kesamarataan

SEMUA warganegara wajib memberi kesetiaan kepada Malaysia demi keharmonian kaum dalam menempuh kehidupan pada masa hadapan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MALAYSIA akan menyambut Hari Kemerdekaan Ke-63 pada 31 Ogos ini. Angka 63 pastinya memberikan gambaran tentang sebuah kematangan dan usia yang kaya dengan pengalaman.
Sebagai sebuah negara majmuk, kepelbagaian yang ada mestilah membawa kepada kesamarataan yang harmoni dalam negara demokrasi. Jika elemen kesamarataan ini tiada, negara bakal berdepan diskriminasi masyarakat seperti gender, majoriti lawan minoriti, ekonomi dan kewarganegaraan.

Secara realiti, Malaysia yang terbina dengan ikatan kontrak sosial telah berlayar membentuk negara sehingga usia 63 tahun. Walaupun kontrak sosial ini tidak pernah disebut dalam perjalanan menuju kemerdekaan, namun ikatan inilah merupakan asas terbinanya negara berteraskan tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan juga India. Perjanjian yang tidak ditulis dalam Perlembagaan Persekutuan ini adalah persefahaman antara pemimpin daripada kaum-kaum utama di Tanah Melayu yang telah menjadi peraturan atau garis panduan.

Semangat kontrak sosial dan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan perlu dijiwai oleh seluruh warga. Ia tidak boleh dilihat dari kaca mata kaum semata-mata. Maka, bersesuaian dengan tema Hari Kebangsaan iaitu Malaysia Prihatin, keprihatinan yang dijulang pada 31 Ogos 2020 mestilah difahami bersama asas kerangka negara ini dibentuk.

WAFIUDDIN ROSLI
Eksekutif Syariah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya