PETALING JAYA: Mutu pengadilan Liga Malaysia (Liga M) menjadi antara topik ‘hangat’ yang disuarakan dalam perbincangan meja bulat Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bersama wakil-wakil pasukan, kelmarin. Beberapa wakil kelab menyuarakan pandangan agar mutu pengadilan Liga M diperbaiki susulan beberapa keputusan kontroversi pengadil dalam saingan liga sebelum ini yang menimbulkan perdebatan terbuka. Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon berkata, isu pengadil merupakan antara tiga cadangan dikemukakan pihaknya dalam…










