LIVERPOOL: Liverpool dicadangkan supaya merehatkan Mohamed Salah menjelang pertembungan getir aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Paris Saint-Germain (PSG) di Paris, esok. Segalanya bermula selepas kekalahan memalukan 0-4 kepada Manchester City dalam aksi suku akhir Piala FA, Sabtu lalu dan perlawanan itu juga merupakan penampilan pertama Salah selepas pengumumannya untuk meninggalkan kelab pada penghujung musim. Walaupun pernah menjadi tonggak utama pasukan selama hampir sedekad, prestasi pemain berusia…










