PETALING JAYA: Individu yang berhasrat untuk menjawat jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu memahami secara mendalam peranan serta fungsi kerusi nombor satu badan induk itu sebelum membuat keputusan untuk bertanding. Menurut sumber terdekat badan induk itu, mana-mana individu yang bercadang untuk bertanding perlu terlebih dahulu menilai keupayaan diri dari sudut kepimpinan, pengalaman serta sumbangan kepada pembangunan bola sepak tanah air. Katanya, jawatan Presiden FAM bukan sekadar kedudukan berprofil tinggi…











