LONDON: Chelsea gagal mengambil kesempatan atas satu lagi kemerosotan Liverpool dalam perlumbaan layak ke Liga Juara-Juara musim depan apabila dibelasah 3-0 oleh Everton dan kekal di luar kelompok lima teratas. Juara bertahan Liverpool sebelum itu tewas 1-2 kepada Brighton dalam perlawanan awal, kekalahan ke-10 mereka dalam usaha mempertahankan kejuaraan Liga Perdana yang hambar. Namun, kekalahan besar Chelsea di Stadium Hill Dickinson memberi harapan baharu kepada beberapa kelab di bawah mereka, termasuk…










