WOLVERHAMPTON: Cole Palmer kembali membuktikan sentuhan berbisanya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan meledak hatrik untuk membantu Chelsea menang bergaya 3-1 ke atas Wolves, semalam. Bintang berusia 21 tahun itu sebelum ini pernah melakukan perkara sama ketika menentang Everton dan Brighton & Hove Albion, menjadikannya pemain pertama EPL mencapai rekod luar biasa berkenaan. Lebih manis, Palmer kini muncul penjaring hatrik terbanyak dalam sejarah Chelsea dengan empat keseluruhan, mengatasi semua legenda…










