BODO, Norway: Ketua jurulatih Inter Milan, Cristian Chivu menegaskan pasukannya tidak akan berselindung di sebalik isu padang tiruan selepas tewas 1-3 kepada Bodo/Glimt pada aksi pertama play-off Liga Juara-Juara, semalam. Menurut Chivu, meskipun anak buahnya jelas bergelut menyesuaikan diri di permukaan padang Stadium Aspmyra, kekalahan itu harus diterima dengan sikap profesional. “Bodo/Glimt lebih biasa dengan permukaan padang ini, tetapi itu bukan alasan. Kami perlu lebih tajam dan lebih berdisiplin,” katanya.…










