LOS ANGELES: Floyd Mayweather Jr. dan Manny Pacquiao sekali lagi mencuri tumpuan dunia apabila dijadual bertarung dalam perlawanan ulangan bersejarah di Sphere, 19 September ini, kata Netflix. Pertembungan dua legenda tinju pada 2015 yang mencuri tumpuan dunia itu, masing-masing berusia lewat 40-an kembali diadakan beberapa hari selepas Mayweather mengumumkan dia sudah keluar daripada persaraan. Mayweather, 48, yang menamatkan karier profesionalnya pada 2017 dengan rekod bersih 50 kemenangan tanpa kalah, mengesahkan…










