LONDON: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menyifatkan kebangkitan Viktor Gyokeres sebagai bukti penyerang Sweden itu telah menemui rentak terbaiknya selepas meledak dua gol dalam kemenangan bergaya 3-0 ke atas Sunderland di Stadium Emirates, semalam. Gyokeres tampil sebagai watak utama separuh masa kedua selepas jaringan pembukaan Martin Zubimendi pada minit ke-42 membuka tirai dominasi The Gunners, sekali gus mengukuhkan cengkaman Arsenal di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL). Arteta mengakui prestasi Gyokeres sebelum…










