LONDON: Arsenal mara ke final Piala Liga buat kali pertama dalam tempoh lapan tahun selepas menumpaskan Chelsea 1-0 dalam aksi timbal balik di Stadium Emirates, semalam menerusi jaringan Kai Havertz. Kemenangan itu menyaksikan anak buah Mikel Arteta mara ke pentas final dengan agregat 4-2 selepas menang 3-2 dalam aksi pertama di Stamford Bridge dan akan berdepan Manchester City atau Newcastle. Kemenangan di laman sendiri itu memberi kelegaan buat The Gunners…










