ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin hampir ke pusingan separuh akhir selepas menewaskan Shan United FC (SHUFC) 3-0 pada aksi Kumpulan B Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) merebut Piala Shopee di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi. Kemenangan tersebut membolehkan skuad Harimau Selatan memintas kelab Vietnam, Nam Dinh untuk berada di posisi teratas Kumpulan B selepas mengutip 10 mata daripada empat perlawanan. Pada perlawanan itu, Xisco Munoz membariskan tiga pemain…










