PETALING JAYA: Ratu tenpin boling negara, Esther Cheah mengumumkan persaraan rasmi selepas lebih dua dekad mewarnai arena sukan itu di peringkat antarabangsa, sekali gus menamatkan karier gemilang yang penuh pencapaian untuk Malaysia. Keputusan itu dibuat berikutan masalah kecederaan yang berlarutan dan kesan fizikal daripada bersaing di tahap elit, termasuk pembedahan lutut pada 2021 yang menjejaskan prestasinya sejak itu. “Saya sudah lama mengalami kecederaan. Saya menjalani pembedahan lutut pada 2021 dan…










