DALAM usaha membina Malaysia yang bebas rasuah dan salah guna kuasa, peranan mahasiswa sering diangkat sebagai ejen perubahan dan harapan masa hadapan negara. Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) bersetuju mahasiswa mempunyai potensi besar untuk menjadi benteng integriti. Namun, pengalaman panjang negara dan pemerhatian terhadap realiti semasa mengajar kita satu hakikat penting iaitu potensi ini hanya akan membawa kebaikan jika dibimbing dengan ilmu, akhlak dan kebijaksanaan. FASA KRITIKAL PEMBENTUKAN NILAI Universiti…










