PETALING JAYA: Harimau Malaya perlu menjadi pasukan yang kuat dengan dibarisi pemain terbaik bagi menyertai Liga Negara-Negara oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), sebuah kejohanan baharu ketika rehat antarabangsa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Pemerhati bola sepak tempatan, Prof Madya Dr. Zulakbal Abd. Karim berkata, Harimau Malaya tidak berdepan masalah untuk menghimpunkan pemain terbaik memandangkan kelab Liga Super sudah tidak mempunyai alasan untuk enggan melepaskan pemain mereka memandangkan kejohanan tersebut…










