PETALING JAYA: Persiapan skuad ragbi 7s negara menuju Sukan SEA 2025 yang bakal diadakan di Bangkok, Thailand pada Disember ini kembali di landasan yang tepat. Sebahagian besar pemain yang berdepan kecederaan sebelum ini beransur pulih dan kembali menjalani latihan. Ketua jurulatih, Nik Safuan Ismade Nik Man berkata, daripada lapan pemain yang pada awalnya mengalami kecederaan, hanya dua pemain masih menjalani fasa rehabilitasi di bawah pemantauan Institut Sukan Negara (ISN). “Daripada…










