Ronaldo sasar 1,000 gol sebelum bersara 

Ronaldo sasar 1,000 gol sebelum bersara 

Cristiano Ronaldo
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Cristiano Ronaldo masih belum bersedia menutup tirai karier profesionalnya selagi sasaran keramat 1,000 gol belum digenggam.

Bintang Portugal itu kini hanya memerlukan 44 gol daripada angka tersebut selepas meledak dua gol dalam aksi Liga Pro Saudi bersama Al Nassr, Sabtu lalu yang menyaksikan jumlah keseluruhan jaringannya setakat ini 956 gol.

“Untuk terus bermain memang sukar, tetapi motivasi saya masih membara,” kata Ronaldo selepas dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Asia barat pada Anugerah Globe Soccer.

Menurut pemenang lima kali Ballon d’Or itu, keghairahannya terhadap bola sepak masih utuh biarpun beraksi di luar Eropah.

“Saya masih menikmati permainan ini. Tidak kisah di mana saya bermain, Asia Barat atau Eropah. Selagi minat itu ada, saya mahu terus beraksi.

“Sasaran saya jelas mahu memenangi trofi dan mencapai 1,000 gol. Jika tidak cedera, saya yakin ia boleh dicapai,” katanya.

Ronaldo kekal sebagai ikon terbesar Liga Pro Saudi sejak menyertai Al Nassr selepas Piala Dunia 2022 di Qatar, dengan kehadirannya melonjakkan profil liga tersebut di pentas global.

Kontrak lumayan bernilai ratusan juta dolar Amerika menyaksikan Ronaldo dijangka kekal di Riyadh sekurang-kurangnya sehingga musim 2026-27. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN