BERGAMO: Pengendali Chelsea, Enzo Maresca tidak dapat menyembunyikan kebimbangan terhadap prestasi pasukannya yang dilihat terumbang-ambing sejak kebelakangan ini dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Eropah. Derita Chelsea dalam kempen Eropah berterusan apabila skuad kendalian Enzo Maresca sekali lagi keciciran mata, tewas 1-2 kepada Atalanta pada aksi Liga Juara-Juara semalam sekali gus melebarkan rekod tanpa kemenangan kepada empat perlawanan berturut-turut. “Saya sentiasa bimbang. Dua mata daripada empat perlawanan jauh daripada…










