BIRMINGHAM: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menegaskan pasukannya akan segera bangkit selepas mengalami kekalahan 1-2 kepada Aston Villa pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Villa Park, kelmarin. Kekalahan itu menamatkan rekod tanpa kalah 18 perlawanan Gunners dalam semua pertandingan. Arteta yang berdepan masalah kecederaan pertahanan tengah berpendapat, tekanan dalam liga yang sangat kompetitif bukan sesuatu yang baharu buat pasukannya. “Ini adalah liga yang sukar. Kami sudah melalui banyak padang yang…










