BANGKOK: Kontinjen negara diyakini mampu menyumbangkan lebih banyak pingat dalam dua acara utama Sukan SEA 2025 yang menawarkan ‘lubuk pingat’ menerusi akuatik dan olahraga. Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin berkata, pihaknya telah bekerja keras untuk memperkasa sukan akuatik terutama dalam acara renang selepas membawa masuk kepakaran luar. Katanya, Langkah berkenaan diambil bagi mengukuhkan program pembangunan sukan tersebut selepas ketinggalan jauh dengan negara-negara Asia Tenggara lain seperti Singapura,…










