PETALING JAYA: Kontinjen negara perlu menamatkan sekurang-kurangnya empat terbaik keseluruhan dalam kedudukan kutipan pingat di Sukan SEA 2025 sebelum Malaysia menganjurkan temasya dwitahunan itu dua tahun kemudian. Itu pandangan yang diberikan oleh Ketua Kontinjen (CDM) negara ke Sukan SEA 2021 di Vietnam, Datuk Nur Azmi Ahmad berikutan Malaysia sudah lagi tidak menetapkan sasaran pingat emas dalam setiap temasya disertai. Sebaliknya, Malaysia kini lebih selesa meletakkan sasaran jumlah pingat keseluruhan kerana…










