Arteta kecewa gawang Arsenal bocor

Arteta kecewa gawang Arsenal bocor

Pemain Sunderland, Simon Adingra (kanan) cuba mengeluarkan bola dari kawasan bahaya selepas diasak pemain tengah Arsenal, Bukayo Saka (kiri) dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium of Light, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNDERLAND, England: Mikel Arteta mengakui berasa kecewa selepas Arsenal gagal mengekalkan rekod tanpa bolos dalam lapan perlawanan, menyaksikan mereka seri 2-2 dengan Sunderland pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.

Arteta berkata, situasi sama berlaku dan ia petanda tidak baik untuk pasukan walaupun pemain-pemain menunjukkan semangat juang yang tinggi.

“Kami bolos dua gol yang hampir sama, dan itu tidak cukup baik bagi kami. Memang benar, pasukan mempamerkan semangat juang dan keberanian luar biasa untuk bangkit, menyamakan kedudukan, kemudian menjaringkan gol kedua yang kami usahakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas dibolosi semula, kami masih ada peluang besar untuk menang tetapi saya sebenarnya tidak suka dibolosi,” kata Arteta.

Pada aksi di Stadium of Light, penyerang tuan rumah Brian Brobbey menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan untuk berkongsi satu mata dengan pendahulu EPL, Arsenal.

Keputusan itu menyaksikan Arsenal mendahului hanya enam mata di persada liga manakala Sunderland kini menghuni tangga keempat carta selepas prestasi cemerlang musim ini, termasuk menewaskan Chelsea.

Arteta mengingatkan tiada perlawanan mudah dalam EPL dan apa yang dilakukan Sunderland bukan kebetulan.

Beliau menegaskan pasukannya perlu belajar daripada pengalaman itu dan memulihkan fokus untuk aksi seterusnya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini