Kelab Columbia, America de Cali singkir pemain warisan Holgado?

Kelab Columbia, America de Cali singkir pemain warisan Holgado?

Rodrigo Holgado
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kontrak penyerang warisan Harimau Malaya, Rodrigo Holgado bersama kelab Colombia, America de Cali dilaporkan telah berakhir.

Biarpun tiada sebarang kenyataan rasmi daripada kelab berkenaan, laporan portal sukan Colombia, El Deportivo mengesahkan perkara berkenaan.

Menurut laporan itu, keputusan drastik itu selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengekalkan hukuman penggantungan selama 12 bulan terhadap Holgado.

Kata laporan itu lagi, situasi berkenaan memaksa kelab berkenaan membuat keputusan menamatkan kontrak Holgado yang masih berbaki setahun.

Difahamkan, proses penamatan kontrak berlangsung pada Selasa lalu dan diselesaikan secara baik apabila kedua-dua pihak memahami situasi semasa.

Sekiranya perkara itu disahkan pihak kelab, Holgado menjadi pemain kedua negara yang kehilangan kontrak selepas Gabriel Palmero disingkirkan oleh kelabnya minggu lalu.

Palmero yang beraksi di posisi pertahanan ditamatkan kontraknya oleh CD Tenerife dengan serta-merta selepas isu sama membabitkan pemalsuan dokumen.

Selain Holgado dan Palmero, lima lagi pemain warisan turut digantung FIFA iaitu Facundo Garces, Jon Irazabal, Joao Figueiredo, Hector Hevel dan Imanol Machuca.

Sebelum ini, FIFA menolak rayuan FAM dan mengekalkan hukuman denda RM1.8 juta ke atas FAM, selain penggantungan 12 bulan serta denda RM10,374 terhadap setiap pemain terbabit.

Bagaimanapun, FAM dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan telah memohon alasan bertulis daripada FIFA bagi meneliti langkah susulan, termasuk kemungkinan membawa kes itu ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN