PETALING JAYA: Pelumba para berbasikal negara, Muhammad Yusof Hafizi Shaharuddin membuktikan kehebatannya di pentas dunia apabila menghadiahkan pingat perak dalam acara 1 kilometer Ujian Masa dii Kejohanan Dunia Para Berbasikal Trek UCI 2025 di Brazil, kelmarin. Lebih manis, anak jati Kuala Kangsar, Perak itu turut memecahkan rekod kebangsaan dengan catatan masa 1 minit 14.117 saat pada peringkat kelayakan sekali gus mengatasi rekod peribadi dan kebangsaan sebelumnya, 1:15.572 yang dicatat pada…