LONDON: Legenda golf dunia, Tiger Woods mencatat ranking terburuk dalam kariernya apabila terperosok ke tangga ke-2,048 dalam senarai terkini Ranking Golf Dunia (OWGR). Kedudukan itu menandakan kejatuhan paling parah dalam sejarah gemilang bekas pemain No.1 dunia yang pernah mendominasi arena golf antarabangsa selama lebih dua dekad. Woods jatuh di bawah paras 2,000 awal bulan ini, hanya beberapa hari sebelum menjalani pembedahan belakang buat kali ketujuh dalam kariernya. Pemeriksaan perubatan mendapati…