BELFAST: Nick Woltemade menyelamatkan maruah Jerman apabila meledak gol tunggal ketika menang 1-0 ke atas Ireland Utara untuk terus kekal mendahului Kumpulan A kelayakan Piala Dunia 2026. Penyerang Newcastle di Liga Perdana Inggeris (EPL) itu meledak gol pertama bersama skuad kebangsaan selepas menanduk masuk hantaran David Raum pada minit ke-31 untuk memberikan kelebihan kepada pelawat. “Ia tiga mata yang amat penting buat kami. Dalam suasana sebegini dan perlawanan yang tidak…