PETALING JAYA: Skuad negara membuka kempen kelayakan Piala Asia Wanita B-17 2026 dengan langkah kanan apabila menewaskan tuan rumah Tajikistan 2-0 di Stadium Central, Dushanbe, kelmarin. Skuad kendalian Leila Chua mempamerkan aksi bertenaga dengan menguasai permainan sejak awal babak pertama, sebelum Laila Syamila membuka tirai jaringan pada minit ke-15 hasil dari tengah padang. Barisan pertahanan yang cukup berdisiplin juga menjadi kunci kemenangan apabila berjaya mengekang gerakan berbahaya pasukan tuan rumah…