Pelumba muda Britain pamer belang

Pelumba muda Britain pamer belang

Pelumba Britain, Josh Charlton memenangani perlumbaan kejar mengejar individu pada Kejohanan Dunia UCI di Velodrom Penalolen, Santiago, Chile, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANTIAGO, CHILE: Dua pelumba muda Great Britain, Josh Tarling dan Josh Charlton, tampil cemerlang apabila masing-masing menghadiahkan pingat emas pada Kejohanan Dunia Trek di Chile.

Tarling merangkul emas pertama Britain selepas menjuarai perlumbaan mata lelaki, mengumpul 750 mata dalam acara sejauh 40 kilometer menewaskan pelumba Amerika Syarikat (AS), Peter Moore (675 mata).

Kemenangan itu menjadikan Tarling lelaki Britain pertama memenangi gelaran perlumbaan mata sejak Jonathan Dibben pada 2016.

“Saya tidak tahu bagaimana (Kejohanan Dunia pertama saya) akan jadi atau bagaimana rasanya, jadi itu agak menakutkan. Ia terasa sangat baik. Saya rasa bagus juga saya dapat mata awal itu, jadi saya tahu kaki saya memang kuat,” kata Tarling.

Josh Charlton turut mencipta sejarah buat Britain apabila memenangi emas pertama untuk negaranya dalam acara kejar-mengejar individu sejak Bradley Wiggins melakukannya pada 2008.

Charlton, yang sebelum ini meraih perak pada penampilan sulungnya tahun lalu, kali ini tampil dominan, menamatkan perlumbaan lebih tiga saat di hadapan pelumba Denmark, Rasmus Pederson.

Sementara itu, Joe Truman mengekalkan prestasi konsisten apabila sekali lagi meraih gangsa dalam acara 1 kilometer (km) ujian masa lelaki, di belakang duo Belanda, Harrie Lavreysen dan Jeffrey Hoogland sekali gus menyamai pencapaiannya tahun lalu. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×