LONDON: Pegendali Arsenal, Mikel Arteta mengakui Martin Odegaard telah memainkan peranan luar biasa ketika membantu The Gunners menang 2-0 ke atas Olympiakos dalam saingan Liga Juara-Juara, semalam. Pemain tengah Norway itu menjadi pencetus kepada gol pembukaan Gabriel Martinelli pada minit ke-12, sebelum hantaran bijaknya kepada Bukayo Saka menghasilkan gol kedua Arsenal pada masa kecederaan. “Odegaard mempunyai lesen untuk mara ke hadapan untuk bermain dengan kebebasan dan ancaman seperti itu. Bukan…