Nikmati panorama ibu kota sambil menjamu selera

Nikmati panorama ibu kota sambil menjamu selera

RESTORAN Merdeka Grill dan Park Lounge, menawarkan pemandangan ikonik Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur dan TRX. GAMBAR HALINA MD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENJAMU selera di tingkat 75 Park Hyatt Kuala Lumpur, Menara Merdeka 118, bukan sekadar menikmati hidangan, tetapi sebuah pengalaman eksklusif dengan panorama Kuala Lumpur yang menakjubkan.

Park Hyatt Kuala Lumpur bukan sekadar destinasi menjamu selera, tetapi sebuah perjalanan rasa mewah sambil menikmati Kuala Lumpur dari perspektif yang paling menawan.

Restoran Merdeka Grill dan Park Lounge, berlatarkan dinding kaca dari lantai hingga ke siling, menawarkan pemandangan ikonik Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur dan TRX.

Ruang makan berkonsep moden dan elegan ini turut menampilkan dapur terbuka, membolehkan pengunjung melihat aksi Cef Eksekutif, Stig Drageide dari Norway menyediakan hidangan.

Set makan tengahari dimulakan dengan roti manis panas, sebelum disusuli pilihan pembuka seperti waffle hati itik, croffle dan salmon segar dihidang bersama epal, timun jeruk serta lobak pedas.

SET makan tengahari.

Keju Burrata berkrim, salad hidroponik segar dan canapes dengan taburan kaviar menambah kepelbagaian rasa.

Hidangan utama menjadi tarikan ialah stik wagyu lembut daripada bahagian perut, disajikan bersama mentega cair, kentang goreng rangup dan sos hijau istimewa, melengkapkan santapan mewah di ruang restoran yang bergaya.

Beralih ke Park Lounge, suasananya lebih santai dengan gabungan elemen semula jadi dan moden.

Lampu artistik, pokok hidup besar di tengah ruang serta hiasan lumut hijau mencipta suasana menenangkan.

Di sini pengunjung dihidangkan seleksi teh dan kopi premium, ditemani pencuci mulut kreatif hasil sentuhan Cef Pastri Eksekutif, Holger Deh.

Untuk kelainan ia didatangkan dengan troli. Pelbagai hidangan pemanis mulut antaranya pastri, tart dan meringue buah-buahan serta éclair berkrim yang menyelerakan.

Kemanisan ini disempurnakan dengan pelbagai pilihan teh dan kopi yang menyegarkan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN