PETALING JAYA: Meskipun aksi Liga Super belum sampai ke pertengahan musim, kejuaraan edisi kali ini tampak hampir pasti kekal milik Johor Darul Ta’zim (JDT) berdasarkan prestasi konsisten dan kekuatan skuad Harimau Selatan yang sukar digugat 12 pasukan yang lain. Bermakna, musim ini sama seperti 11 edisi sebelum ini menyaksikan perebutan kedudukan naib juara menjadi buruan 12 pasukan lain susulan perbezaan daripada pelbagai segi antara JDT dengan pasukan lain terlalu ketara.…










