PETALING JAYA: Pemain muda negara, Aira Azman melakar kenangan manis pada hari lahirnya selepas buat kali pertama mara ke suku akhir dalam pertandingan berstatus Platinum pada Kejohanan Skuasy Klasik Qatar di Doha, Qatar. Genap berusia 21 tahun, Aira yang menghuni ranking ke-26 dunia menewaskan wakil Mesir, Zeina Mickawy 11-8, 11-7, 13-11 dalam masa 29 minit pada pusingan kedua di Kompleks Skuasy & Tenis Khalifa. Dia bakal berdepan laluan yang lebih…