JOHOR BAHRU – Hasrat skuad hoki remaja negara untuk beraksi pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat lebur setelah tewas 1-2 kepada India pada aksi terakhir kumpulan Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor (SOJC), Taman Daya, di sini petang tadi. Kemenangan itu juga membolehkan pasukan India membuat perhitungan dengan Australia sekali gus mengulangi aksi final SOJC 2022. Pada perlawanan itu, skuad kendalian Nor Saiful Zaini Nasiruddin tampak…