LONDON: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta percaya penyerangnya, Viktor Gyokeres sudah mula menemui rentak sebenar selepas meledak dua gol ketika The Gunners menang 4-0 ke atas Atletico Madrid, semalam. Arteta berkata, perlawanan Liga Juara-Juara menentang Atletico itu mungkin menjadi permulaan kepada aksi cemerlang Gyokeres selepas menamatkan kemarau jaringan bersama Arsenal selepas tujuh perlawanan. Selepas menjaringkan tiga gol dalam empat perlawanan pertamanya, Gyokeres yang dibeli pada harga 64 juta pound (RM389 juta)…










