PETALING JAYA: Satu mata yang diraih Selangor FC ketika berdepan KL City FC kelmarin sebagai hasil positif buat pasukan kendalian Chrispohe Gamel yang masih mencari rentak konsisten dalam kempen Liga Super musim 2025-2026. Dalam aksi penuh sengit di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), The Red Giants terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan menentang seteru tradisi Lembah Klang itu, meskipun mendominasi sebahagian besar permainan. Bagaimanapun, jurulatih kelahiran Perancis…










