COPENHAGEN: Pemain tengah Denmark, Morten Hjulmand mengakui pasukannya tidak berada di prestasi terbaik ketika menumpskan Greece 3-1 dalam kelayakan Piala Dunia 2026, semalam. Bagaimanapun, pemain Sporting CP di Liga Belanda itu menganggap perkara itu tidak penting kerana misi utama pasukan adalah untuk mengutip tiga mata penuh untuk membuka peluang ke pusingan Piala Dunia. Dengan berbaki dua perlawanan di peringkat kelayakan ketika ini, Denmark kekal di tangga teratas Kumpulan C dengan…