Cuaca cabaran pelumba Grand Prix Malaysia

Cuaca cabaran pelumba Grand Prix Malaysia

Hakim Danish Ramli
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini dengan hujan menjadi cabaran buat pelumba menjelang Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hujung minggu ini.

Tidak seperti Formula 1 (F1), pemandu masih boleh melakukan ‘pit stop’ untuk menukar jenis tayar, tetapi, di dalam Kejuaraan Motosikal Dunia, percaturan bijak mekanik pasukan amat penting kerana permukaan trek boleh sahaja bertukar daripada kering kepada basah.

Ketika diajukan persoalan tersebut kepada pelumba ‘wild card’ Moto3 negara, Hakim Danish Ramli berkata, dia sendiri tidak dapat meramalkan keadaan cuaca menjelang perlumbaan hujung minggu ini.

“Mungkin hujan dan mungkin juga kering, tetapi, walau apapun yang berlaku saya kena cuba sesuaikan diri dengan kedua-dua cuaca tersebut,” katanya yang bakal melakukan penampilan sulung pada GP Malaysia, Ahad ini.

Bagaimanapun, pelumba yang bernaung di bawah pasukan AEON Credit SIC Racing MSI itu berkata, jika diminta jawapan jujur daripadanya, dia lebih selesa permukaan litar berada dalam keadaan kering berbanding basah.

“Saya lebih suka kering sebab saya boleh melakukan semaksimal mungkin ketika berada di atas motosikal, jadi, lebih baik cuaca kering,” katanya.

Jawapan yang diberi Hakim Danish ternyata berbeza dengan jawapan yang pernah diberi senior-seniornya sebelum ini kerana hujan adalah pilihan mereka, tetapi, pelumba berusia 18 tahun itu sebaliknya.

Menjelang sesi latihan bebas pertama (FP1), hari ini, Hakim Danish berkata, sesi itu amat penting untuk meningkatkan prestasi jentera KTM yang dipacunya.

“Masih ada ruang untuk diperbaiki, saya rasa sesi pada Jumaat adalah hari yang ditunggu-tunggu saya untuk memasuki FP1 dan saya tak sabar melihat sendiri cara tunggangan pelumba-pelumba dalam Kejuaraan Dunia,” katanya.

Ketika ditanya sama ada dia berasa tertekan menjelang GP Malaysia, anak jati Terengganu itu berkata, dia berada dalam keadaan baik dan tidak berasa tertekan, apa yang penting persembahannya sebagai menghargai sokongan penonton yang sudi hadir ke litar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN