PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyifatkan pengumuman Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, mengenai penganjuran kejohanan sulung Piala ASEAN FIFA, sebagai detik bersejarah buat bola sepak rantau ini. Menurut Pemangku Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, pengumuman itu bukan sahaja signifikan buat ASEAN, malah amat bermakna bagi Malaysia kerana ia dibuat ketika negara ini menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk…










