PETALING JAYA: Nasib tidak menyebelahi pemain skuasy negara, Aifa Azman apabila terpaksa menarik diri sewaktu mendahului Melissa Alves dari Perancis 2-1 gara-gara kecederaan kepala pada pusingan kedua Kejohanan Klasik Qatar di Doha, semalam. Aifa mendahului pemain ranking ke-20 dunia itu 11-9, 7-11, 11-7 dan ketika mata terikat 2-2 dalam set keempat, pemain berusia 23 tahun itu terjatuh sehingga menyebabkan kepalanya terhantuk di lantai gelanggang kaca Kompleks Skuasy & Tenis Khalifa.…