PETALING JAYA: Safawi Rasid mencuri tumpuan pada saingan Liga Super minggu ini dengan mencetak lima gol untuk berada di belakang pendahulu penjaring terbanyak setakat ini, Joao Figueiredo yang beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan enam gol. Prestasi cemerlang itu menunjukkan Safawi kembali menemui sentuhan semula sehingga pengendali Kuala Lumpur (KL) City, Risto Vidakovic menganggap pemain itu umpama anugerah istimewa dimiliki pasukan itu. Jelas Vidakovic, pemain Harimau Malaya itu hampir…