PETALING JAYA: Naib juara dunia, Pearly Tan-M. Thinaah turun ke Terbuka Hong Kong dengan misi serampang dua mata iaitu mempertahankan gelaran dan menghapuskan ‘badi’ ke atas beregu No.1 dunia, Liu Sheng Shu-Tan Ning. Turun selaku pilihan kedua, laluan awal beregu No.2 dunia itu dijangka lancar, namun kemuncak pastinya pertemuan getir menentang juara dunia 2025 dari China yang kini menjadi ‘watak pengacau’ kepada mereka ketika ini. Beregu China itu menghantui beregu…