PETALING JAYA: Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah enggan terus larut dalam kekecewaan selepas terkandas di separuh akhir Terbuka Hong Kong, kelmarin. Pasangan No.2 dunia itu melepaskan peluang mempertahankan kejuaraan apabila ditundukkan gandingan China no.4 dunia, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian. Pearly mengakui kelemahan mental menjadi faktor utama apabila mereka gagal mengekalkan rentak permainan meskipun sudah mendahului lawan. “Saya rasa dari segi mental, kami agak tergesa-gesa kerana apabila kami…