Depay penjaring terbanyak Belanda

Depay penjaring terbanyak Belanda

Memphis Depay
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KELAYAKAN PIALA DUNIA

KEPUTUSAN

KUMPULAN A
Jerman 3-1 Ireland Utara
Luxembourg 0-1 Slovakia

KUMPULAN E
Georgia 3-0 Bulgaria
Turkiye 0-6 Sepanyol

KUMPULAN G
Lithuania 2 -3 Belanda
Poland 3-1 Finland

KUMPULAN J
Macedonia Utara 5-0 Liechtenstein
Belgium 6-0 Kazakhstan

KAUNAS: Memphis Depay kini muncul penjaring gol terbanyak Belanda selepas meledak dua gol ketika The Orange menewaskan Lithuania 3-2 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026, semalam.

Penyerang berusia 31 tahun itu berkata, dia berasa bangga selepas secara rasmi diiktiraf selaku penjaring terbanyak dan bertekad untuk terus bersama skuad kebangsaan selama mungkin.

Kemenangan 3-2 ke atas Lithuania itu juga menyaksikan Belanda yang dikendalikan Ronald Koeman mengumpul 10 mata daripada empat perlawanan dalam kumpulan kelayakan.

Depay sebelum ini menyamai rekod 50 gol Robin van Persie selepas menjaringkan dua gol menentang Malta pada Jun lalu, tetapi minggu lalu terlepas peluang mencipta rekod baharu ketika seri 1-1 dengan Poland.

Dalam aksi menentantang Lithuania, Depay hanya memerlukan 11 minit untuk mencatat rekod baharu dan kemudiannya memastikan kemenangan Belanda dengan tandukan padu selepas Lithuania bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menyamakan kedudukan 2-2 dengan baki 30 minit permainan.

“Saya amat bangga dan gembira dapat melepasi rekod Van Persie, saya berterima kasih kepada semua di bilik persalinan yang memberikan sokongan kepada saya untuk memecahkan rekod ini.

“Saya juga mahu berterima kasih kepada bekas rakan sepasukan seperti Klaas-Jan Huntelaar dan Arjen Robben, sebagai contoh, mereka memberi inspirasi kepada saya, begitu juga dengan Patrick Kluivert kerana beliaulah sebab utama saya mahu menyertai skuad kebangsaan Belanda,” kata Depay.

Depay, yang kini beraksi di Brazil bersama Corinthians, turut menyindir pengkritik yang meragui tahap konsistennya untuk menembusi skuad kebangsaan.

“Orang selalu berkata, ‘Apa yang kita nak buat dengan posisi penyerang kita?’ Tetapi sebenarnya kita ada penyerang yang banyak menjaringkan gol dan saya cuba biarkan kaki saya yang berbicara,” katanya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN